selamat datang semua

Friday, January 14, 2011

posting oh posting

huhuhuhu... sedar x sedar dah hampir 2 bulan aku menganggur... setelah 5 tahun setengah aku pulun belajar. pelbagai cabaran dan rintangan yang telah aku tempuhi.. suka duka di IPG... banyak kenangan yang telah terbina di sana.. huhuhuh.. tapi kini semuanya tinggal kenangan...

skarang duk rumah menganggur je la keje aku.... tunggu KPM panggil posting... th bile aku pun xtau.. sabar je la...

posting oh posting,
celik sahaja mataku
akan ku pikirkan akan dirimu
bila akan tiba waktu
itu masih belumku tahu,

posting oh posting,
mengapa kau begitu,
tiada khabar berita tentangmu,
menimbulkan kegelisahan dihatiku,
menanti akan dirimu.

posting oh posting,
KPM mengapa kau begitu,
menyeksa diriku selalu,
menanti berita daripadamu,
sehingga kini mengunggu.

posting oh posting,
cepatlah kau mennjelma,
ku tidak sabar lagi menanti,
ingin menabur bakti,
kepada anak bangsaku ini.

Thursday, January 13, 2011

HIDUP

Hidup ini bagaikan satu mimpi yang menerjah tidurku ini..... acap kali ku rasakan bahwa diriku ini seperti tiupan angin yang berada di tepian pantai di kala senja hari... bertiup dan mengalunkan rentak irama yang tersendiri. Membuai dan memikat pohon- pohon kelapa yanng subur di persisiran pantai.
Hari demi hari ku rasakan bahwa hidupku ini seperti tanpa arah tujuan... yang pasti ku kini bagaikan terdampar di sebuah pulau tak berpenghuni. Menanti dan menunggu akan tibanya saat tuk di bawa pergi. Walaupun kelihatan hidupku ini begitu sempurna di mata orang lain.. tapi apa yang pasti hidup ini tak seperti yang disangkakan.
Hidup yang penuh dengan onak berduri, cabaran dan rintangan, beban dan sengsara, gembira dan sedih membuatkan diriku lemah tiada daya. Namun...aku akan terus menempuh hidup ini dengan penuh kesabaran dan akan tetap terus berusaha menjadikan hidup ku ini lebih baik dari hari- hari sebelumnnya.... Yang pasti,, akan ku pohon kepada Illahi agar dijadikan-Nya hidupku ini penuh bermakna... semoga hidupku ini diredhai oleh Allah s.w.t

Monday, August 30, 2010

MERDEKA DI MATA KITA

salam kalian semua..
sedar xsedar kini Malaysia sudah menjengah usia 53 tahun kemerdekaannya.... tatkala ini, sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya berasa bangsa dengan pencapaian yang telah dikecapi oleh negara ini. kehidupan harmoni rakyat berbilang kaum telah menjadikan kita disegani serata dunia.. namun begitu, semakin lama kita kecapi kemerdekaan.. semakin hilangnya semangat cintakan negara dikalangan generasi muda masa kini... oleh itu... marilah kita sama2 semaikan dalam diri kita dan seluruh rakyat Malaysia.... semaikan rasa cinta kepada negara,,, semaikan rasa bangga kepada negara.. semaikan semangat 1 Malaysia...
sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53 ini, marilah kita sama- sama bersatu hati... mempertahankan kedaulatan negara kita ini, mengharumkan nama negara... membangunkan negara bukan sahaja daripada segi fizikal bahkan juga dari segi modal insan... jadilah rakyat Malaysia yang berjiwa teguh... semoga Malaysia tetap aman dan sentosa hendaknya.....

MERDEKA!!!! MERDEKA !!!! MERDEKA !!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!! MERDEKA!!!

Saturday, May 15, 2010

EXAM

hehehehehee...
... praktikum 3 bln dah settle... blk mktb....
study sikit2 pe yg perlu... amek gambr kelas...
wat lak jamuan kelas kat MAEPS( steamboat) ... sodap oo...
hmmm ... skrng tgh kire detik tuk menghadapi peperiksaan akhir sem...
harap2 soalan tu xmenyusahkan aku ar... semoga Allah mempermudahkan tuk aku menjawab solan exam... amin...

Friday, April 16, 2010

kehidupan seorang pendidik

dah lame xon blog nie...huhhuhu
skrg tgh sibuk ngan praktikum kat sek. keb. setiawangsa... dah dekat 3 bulan...
lagi 2 minggu abis la.... rase sekejap je dah nk abis praktikum..huhhuhu..
seronok gak jd cikgu nie... dulu kte sebagai anak murid... skrang kte sebagai guru lak... wah...
walaupun hanya praktikum, tp perasaan seorang guru tu dah mula teraasa dalam diri ini...
masuk kelas ngajar,, ank murid bagi salam... seronoknye...

Friday, January 8, 2010

perlu ke aku jual??

bosan sungguh ketika nie...
tetiba ak terliht ensetku yg lagi satu nie.... dah agak jarang ak gunakan... gune pun tuk dgr radio...huhhuu... timbul lak niat nk jual je enset nie coz cian enset nie terabai...hhheheheheee...
enset nie xde la bgs sngt... jenama 'csl'.... malaysian product... enset bese2 je....ade kamera, gprs, dan yg penting blh tgk tb...heheheeheee... nk jual ke x ek enset nie....